Menu:

TEMPAT PENGINAPAN PELAJAR

Untuk memberi kemudahan kepada peserta yang mengikuti kursus di sini, pihak pengurusan INSTITUT PELANCONGAN DIAN aada menyediakan tempat penginapan (DORM) beserta katil dua tingkat. Lokasinya terletak dibangunan tiga tingkat berdekatan tempat kursus dijalankan.

Asrama tersebut ditawarkan kepada pelajar WANITA sahaja. Diutamakan kepada mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur yang tidak mempunyai tempat tinggal. Pihak pengurusan institut ini menawarkan untuk tinggal di asrama yang disediakan secara PERCUMA, tiada sebarang bayaran dikenakan.

Kemudahan-kemudahan yang ada:
  1. Bangunan batu 3 tingkat.
  2. Dilengkapi dengan katil dua tingkat, lampu, kipas angin dan bilik air.
  3. Di sekitar kawasan asrama terdapat restoran-restoran dan warung-warung makanan yang dibuka sepanjang masa.
  4. Berdekatan dengan klinik-klink, pusat perubatan dan Hospital Besar, Kuala Lumpur.
  5. Jarak di antara asrama dengan temapat belajar hanya 10 minit berjalan kaki.