Menu:

Dari Meja Pengetua

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anda sekelian yang telah memilih INSTITUT PELANCONGAN DIAN (IPD) sebagai saluran untuk mencapai cita-cita anda ke peringkat yang lebih tinggi.

INSTITUT PELANCONGAN DIAN (IPD) adalah satu-satunya Institusi Pengajian pra-Profesional yang mengendalikan kursus dalam bidang Pengurusan Pelancongan, dengan menawarkan program-program kursus pengajian yang merangkumi dua jenis kursus serentak bagi setiap program.

Dua program pengajian ditawarkan untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), di bawah rancangan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan Institut Pelancongan Dian (IPD) sebagai sebuah pusat bertauliah.

Anda boleh mengharapkan bimbingan yang memuaskan daripada tutor-tutor kami dengan syarat anda sendiri memang berminat dan bersedia serta mempunyai keazaman dalam usaha mencari ilmu pengetahuan sebagaimana yang anda cita-citakan.

Dengan hanya memiliki sijil PMR, SPM, SPVM atau STPM yang dianggap kurang memuaskan, ianya belum cukup sempurna untuk mengejar peluang-peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran tertentu.

Dengan hanya memiliki kelulusan akademik semata-mata belum boleh menjamin untuk mencapai cita-cita seseorang. Adalah disebabkan kebanyakan organisasi-organisasi kerajaan dan swasta lebih mementingkan mereka yang memiliki kelulusan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu sahaja. Sebagai contoh, jika anda bercadang untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Pemasaran atau Pegawai Pengurusan dalam agensi pelancongan, atau ingin berkhidmat sebagai pramugari/pramugara, Pegawai Jualan Tiket Kapalterbang di syarikat-syarikat penerbangan atau ingin membuka perusahaan agensi pelancongan sendiri, anda haruslah terlebih dahulu mengikuti kursus dalam bidang-bidang tersebut. Tanpa kursus dan kemahiran tidak mungkin terlaksana cita-cita anda.

Secara tidak langsung ilmu kemahiran yang khusus dalam sesuatu bidang amat penting, sebagai contoh, profesyen dalam industri pelancongan dan penerbangan memerlukan tenaga mahir yang lebih berketerampilan dan berkualiti bagi mencapai standard yang diharapkan.

Adalah menjadi hasrat institut ini untuk memberi bimbingan yang sebaik-baiknya kepada anda yang ingin melengkapkan diri dalam masyarakat yang serba maju. Tanpa kemahiran dan kelulusan yang sempurna anda akan menghadapi masalah sosial dan ekonomi yang rumit terutamanya dalam mendapatkan peluang-peluang pekerjaan yang sesuai seperti dalam industri penerbangan, pelancongan dan lain-lain.

Justeru, Kursus Pengurusan Pelancongan dan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM), di bawah Jabanatn Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dijalankan di institut ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Instituti Latihan Bertauliah dan diiktiraf.

Kepada bakal-bakal calon yang akan mendaftar menyertai kursus di institut ini saya ucapkan selamat berkursus dan maju jaya.

Terima kasih.

Yang Ikhlas,

Pengetua, Institut Pelancongan Dian

Picture